Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
AirAsia sasar jualan RM10 juta
#1
[Image: image.jpg]

SYARIKAT penerbangan tambang murah AirAsia Bhd menyasarkan RM10 juta jualan di Pesta Pelancongan AirAsia (AATF) yang akan diadakan buat julung kalinya di Paradigm Mall, Petaling Jaya bermula semalam dan berakhir esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, AATF menyediakan tawaran menarik antaranya potongan harga tambang, pakej percutian harga rendah dan barangan eksklusif.

Fernandes berkata, pihaknya menjangkakan jualan tiket daripada pameran itu menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan itu bagi suku pertama tahun ini.

"Pesta ini memberikan peluang kepada pelanggan yang kurang mahir menggunakan internet untuk membeli tiket penerbangan dan melihat sendiri tawaran disediakan AirAsia.

"Potongan 20 peratus bagi semua tempat duduk untuk semua penerbangan ditawarkan sepanjang pesta ini berlangsung untuk tempoh perjalanan dari 1 Mac sehingga 30 September 2014.

"Kami juga menawarkan pakej percutian pada harga rendah ke destinasi domestik dan antarabangsa,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan AATV 2014 di Petaling Jaya, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Fernandes berkata, walaupun lewat dirasmikan, ia tidak menjejaskan AirAsia dan syarikat itu akan terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)