Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Agong kurnia 271 darjah kebesaran
#1
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan kepada 271 penerima sempena hari keputeraan baginda bagi tahun ini.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat itu yang berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta di sini.

Pengasas dan Presiden Limkokwing University of Creative Technology, Prof Emeritus Tan Sri Dr Lim Kok Wing mengetuai senarai penerima hari ini.

Beliau penerima tunggal Darjah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Sebanyak tujuh individu lain dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota yang turut membawa gelaran 'Tan Sri'.

Mereka ialah Pengerusi MMC Corporation Berhad Tan Sri Syed Abdul Jabbar Syed Hassan, Timbalan Pengerusi Eksekutif The Star Publication (M) Berhad Tan Sri Lee Fook Long, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad Tan Sri Mohd Khamil Jamil, Pengarah Kim Company Sdn Bhd Tan Sri Ong Gim Huat, Pengerusi SME Aviation Sdn Bhd Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud, Pengerusi Eksekutif Metro Kajang Tan Sri Chen Kooi Chiew@Cheng Ngi Chong dan Ketua Pegawai Eksekutif Rickoh Holdings Sdn Bhd Tan Sri Koh Kin Lip.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran 'Datuk' kepada lima penerima.

Mereka ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak, Panglima 8 Briged Kelantan Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah, Pengarah Urusan Aqila Enterprise Datuk Abdul Kadir P. A Moidutty, Pengarah Urusan Sime Darby Plantations Sdn Bhd Datuk Franki Anthony dan Pengarah Urusan Iris Corporation Sdn Bhd Datuk Tan Say Jim.

Pakar Perunding Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Mohamed Badrulnizam Long Bidin pula merupakan penerima tunggal Darjah Panglima Setia Diraja.

Bagi Darjah Johan Mangku Negara, sebanyak empat orang menerima anugerah tersebut iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan, Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri Kementerian Luar Datuk Md Hussin Nayan, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Operasi) Lembaga Getah Malaysia Dr Suarni Sumormo dan Ahli Peniaga Bentong M. Sathasivam.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Johan Setia Mahkota kepada 12 penerima, Kesatria Mangku Negara (34 penerima), Kesatria Setia Diraja (9 penerima), Ahli Mangku Negara (74 penerima), Pingat Pangkuan Negara (114 penerima), Bentara Setia Diraja (9 penerima) dan Pingat Gagah Berani seorang penerima. - Bernama
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)