Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Afdlin Shauki nekad berhenti hasilkan filem tempatan
#1
KUALA LUMPUR : Pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki telah membuat keputusan di mana filem Papadom 2 adalah filem terakhirnya untuk pasaran industri filem tempatan.

Dia juga turut menambah yang dirinya sudah tiada hati lagi untuk menghasilkan filem tempatan selepas ini. Luahan hati Afdlin itu berpunca dari kekecewaannya selepas melihat filem Papadom 2 hanya berjaya menerima kutipan sebanyak RM620,000 dan dianggap paling teruk dalam sejarah kariernya sebagai anak seni sejak 15 tahun lalu.

Jelas Afdlin, sehingga kini dia buntu untuk mencari punca kegagalan Papadom 2 sedangkan dia menerima banyak maklum balas Papadom 2 lebih menarik daripada filem sebelumnya, Papadom.

“Saya menyimpan Papadom 2, hampir dua tahun dan sebelum ini, saya teragak-agak untuk menghasilkan filem lagi setelah melihat masalah sambutan penonton terhadap karya tempatan.

“Ia adalah pelaburan saya yang tidak balik modal dan paling menghampakan,” ujar Afdlin lagi. Ditanya tentang idea untuk menerbitkan sekuel filem Mamadom, Afdlin pantas menjawab ianya terapksa berkubur begitu sahaja dek kerana kegagalan Papadom 2.

“Kalau Papadom 2 dah hancur,macam mana nak buat Mamadom? Anggaplah ia hanyalah angan-angan saya sebelum ini yang terpaksa dikuburkan,” tambah Afdlin kecewa.

Namun anak seni kelahiran Johor Bahru ini mengucapkan terima kasih atas usaha pihak Astro First dalam membawa filem Papadom 2 ke kaca televisyen. Secara tidak langsung, ianya dapat membantu meningkatkan jumlah kutipan yang sedia ada. – Murai

[Image: tdAW7FV.jpg]
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
kos sara tinggi naik rasanya kot. Ramai orang berjimat
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#3
tahun ni rasanya filem kat malaysia mungkin tak dapat jualan laris. Kalau jalan citer sama dan membosankan
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)