Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ada lelaki cuba dekat, namun rasa sayang pada Nedim masih ada - Nora Danish
#1
[Image: noradanish_1.jpg?itok=9BgnL_SQ]

Pelakon Nora Danish mengakui dia masih menyayangi bekas kekasihnya biarpun sudah berpisah sejak dua bulan lalu.

Nora, 33, berkata, perpisahan yang terjadi sebelum ini berlaku tanpa kerelaan dirinya dan Nedim.

Ini kerana jelasnya, dia dan Nedim ingin mengatasi masalah yang timbul dalam hubungan mereka yang terjalin sejak tiga tahun lalu.

"Kini sudah 80 peratus masalah kami sudah dapat di atasi dan perasaan cinta itu masih ada biarpun kami hanya bersahabat.

"Dua bulan berpisah menyebabkan banyak benda yang berlaku apatah saya dan Nedim pergi bercuti di Bali bersama kawan-kawan baru-baru ini.

"Selama tempoh itu, saya akui ada lelaki yang cuba menghampiri saya namun perasaan sayang buat Nedim masih ada.

"Lagipun saya sudah berusia 33 tahun dan mahu mencari teman hidup yang saya yakin dan dapat menerima saya seadanya," katanya.

Nora ditemui pihak media pada majlis pelancaran Teater Muzikal Mak Cun di Istana Budaya di sini hari ini.

Dia tampil menjelaskan status hubungannya dengan Nedim selepas pergi bercuti bersama di Bali baru-baru ini.

Jelas ibu tunggal anak seorang itu, ketika masalah melanda, mereka terpaksa mengambil keputusan berpisah secara baik.

"Sekarang masalah kami hampir selesai dan jika ada jodoh yang membawa kami ke jinjang pelamin, saya tidak boleh menolak ketentuan Allah SWT," katanya.

http://malaysiagazette.com/ms/hiburan/ra...ora-danish
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)