Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
APMM sahkan lanun rompak MT Orkim Harmony
#1
Sad 
PUTRAJAYA - Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan kehilangan kapal tangki MT Orkim Harmony sejak Rabu lalu didalangi oleh sindiket lanun melibatkan warga tempatan dan asing.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Datuk Ahmad Fuzi Ab. Kahar berkata, penglibatan lanun dalan kejadian itu tidak dapat disangkal lagi berdasarkan rekod kejadian di perairan itu dan disokong dengan beberapa maklumat hasil siasatan dan risikian pihaknya.

"Bagaimanapun setakat pukul 3.30 petang tadi tiada langsung panggilan meminta wang tebusan daripada pihak bertanggungjawab.

"Kita yakin akan menemui kapal itu melalui operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan secara besar-besaran termasuk mendapatkan bantuan daripada seluruh negara ASEAN.

"Petrol itu milik Petronas dan mereka menggunakan kapal milik syarikat Magna Meridian Sdn. Bhd untuk penghantaran," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kapal tangki Malaysia, MT Orkim Harmony yang membawa muatan minyak petrol RON95 sebanyak 6,000 tan metrik bernilai RM21 juta hilang pada pukul 8.50 malam Rabu lalu di perairan Tanjong Sedili, Kota Tinggi dan Johor dipercayai dirampas lanun bersenjata.

Rampasan itu turut mengakibatkan 22 orang kru kapal dijadikan tebusan.

Kejadian itu berlaku tidak sampai seminggu selepas sebuah lagi kapal, Orkim Victory yang juga milik syarikat yang sama, Orkim Sdn. Bhd., diserang lanun kira-kira 14 kilometer dari Pulau Aur berhampiran Mersing. - KOSMO!
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)