Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
ABNxcess Akan Memperkenalkan Pakej Internet 5Mbps Pada Harga RM69.99 Sebulan !!!
#1
Thumbs Up 
ABNxcess mungkin tidak begitu popular dikalangan ramai pengguna buat masa ini. Ia merupakan salah satu syarikat penyedia perkhidmatan internet dan juga sokongan IPTV. Namun, lokasi sokongannya masih terhad buat masa ini.


[Image: abnxcess-5mbps.jpg]


Apa yang menariknya daripada ABNxcess pada tahun baru 2014 kelak adalah dimana mereka bakal hadir dengan promosi khas menawarkan perkhidmatan mereka pada harga hanya RM69.99 sebulan untuk internet berkelajuan sehingga 5Mbps dan juga 50 saluran TV percuma.

Tawaran harga berkenaan boleh dikatakan antara yang termurah di Malaysia buat masa ini. Daripada apa yang dikongsikan kepada kami, ia dikatakan tiada sebarang kontrak untuk melanggannya, membolehkan pengguna untuk menghentikan perkhidmatan tersebut pada bila-bila masa sekiranya tidak berpuas hati dengannya.

Harga pakej dikatakan akan kekal sehingga mana pengguna masih melanggan pakej berkenaan. Tempoh promosi ABNxcess untuk pakej baru ini adalah daripada 1 Januari sehingga 14 Februari kelak. Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak ABNxcess akan menaikkan harga untuk pakej berkenaan ataupun mengekalkannya selepas tarikh berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kawasan liputan anda di laman rasmi ABNxcess hari ini, disamping melihat saluran TV yang turut ditawarkan oleh mereka melaluinya.

Sebagai perbandingan, pihak TM menawarkan pakej VIP5 pada harga langganan RM149 sebulan dan hadir dengan panggilan ke talian TM secara percuma serta beberapa perkara lain.

Jadi, mungkinkah dengan pengenalan pakej 5Mbps pada harga lebih rendah berbanding TM ini, ia akan membuatkan penyedia lain termasuk TM mengubah struktur harga pakej mereka?

credit :


PLEASE FEEL FREE TO ADD MY REPUTATION.
THANKS
Reply
Thanks given by:
#2
bule potong streamyx ni
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
hakhakhak :) potong je ^^
Reply
Thanks given by:
#4
blom menyeluruh. Sesetengah tempat je
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)