Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
71 warga asing ditahan di Kerteh
#1
[Image: image.jpg]

KEMAMAN 13 April – Seramai 71 orang warga asing ditahan dalam satu operasi bersepadu di sini semalam dengan melibatkan 114 anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen dari lima negeri semalam.


Pengarah Imigresen Terengganu, Wan Suhaini Mohamad berkata, operasi tertumpu di lima tapak pembinaan di sekitar kawasan perindustrian Kerteh yang dianggap sebagai ‘sarang’ warga asing.

“Kita menerima banyak aduan daripada orang ramai berkenaan kebanjiran warga asing di kawasan tersebut dan intipan dilakukan selama beberapa minggu,” katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut.

Menurut beliau, seramai 367 warga asing telah diperiksa dan ketika serbuan, sebahagian besar daripada mereka sedang bekerja di kawasan pembinaan.

“Ada juga warga asing yang bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa namun tidak berjaya kerana keseluruhan kawasan pembinaan sudah dikepung.

“Hasil pemeriksaan, seramai 30 orang warga Bangladesh, tujuh warga Pakistan, enam warga India, tiga warga Nepal, 11 warga Vietnam dan 14 warga Myanmar yang berumur 14 hingga 35 tahun ditahan keranan pelbagai kesalahan imigresen.

“Seramai 51 orang daripada mereka ditahan di bawah seksyen 6 (1)© kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah manakala 20 orang di bawah Akta Peraturan Imigresen 39 b kerana melanggar syarat permit dan pas kerja,” ujarnya.

Wan Suhaini berkata, operasi untuk membanteras kehadiran warga asing yang bekerja secara haram di negeri ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. 

Selain itu, katanya, orang ramai juga diminta untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan kehadiran warga asing di kawasan mereka.

“Kita juga mengingatkan kepada majikan supaya menggunakan saluran yang betul untuk mengupah warga asing untuk bekerja. Tindakan yang lebih tegas akan dikenakan kepada mana-mana majikan yang didapati melakukan kesalahan tersebut,” katanya.
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)