Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
7,385 tikus ‘huni’ pasar
#1
[Image: ne_10.1.jpg]

Kuala Lumpur: Sebanyak 7,385 tikus di Pasar Jalan Raja Bot atau Pasar Chow Kit, di sini, berjaya dihapuskan dalam Kempen 1 tikus 1 ringgit bermula Januari tahun ini sehingga kelmarin.

Perkara itu selaras dengan matlamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membendung pembiakan tikus di sekitar ibu kota di samping menyediakan kehidupan yang selesa bagi penduduknya.

Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, daripada jumlah tangkapan tikus itu menunjukkan keprihatinan pemilik restoran dan penjaja untuk menjaga kebersihan dan menghapuskan rumah tikus yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung.

“DBKL akan meneruskan Kempen 1 tikus 1 ringgit sehingga 2014 dan operasi pembersihan di Pasar Chow Kit sekali setiap bulan bermula Disember ini bagi mewujudkan persekitaran yang moden dan selesa bagi penjaja dan pengunjung.

“Jika penjaja masih berdegil dan tidak menjaga kebersihan, DBKL mungkin terpaksa menutup pasar selama seminggu bagi tujuan pembersihan dan ini pasti akan menyebabkan kerugian lebih besar,” katanya.


Mohd Amin Nordin yang ditemui ketika sidang media Penutupan dan Operasi Pembersihan Pasar Jalan Raja Bot (Chow Kit) turut berkata, kerjasama daripada Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) juga mampu membantu pihaknya membersihkan pasar berkenaan yang kotor dan berbau busuk.

“Kebiasaannya tikus akan mencari kawasan yang kotor dan dipenuhi dengan sampah untuk hidup dan peniaga perlu membuang sampah ke dalam tong yang disediakan untuk mengurangkan masalah ini.

“Sebanyak lapan tong sampah disediakan di tiga kawasan yang berbeza di sekitar pasar supaya dapat memudahkan peniaga membuang sampah makanan dan kini kita akan tambah lagi dua tong sampah berkapasiti 20 tan,” katanya.

Katanya, DBKL juga mengambil peluang untuk menurap dan membaiki jalan di kawasan Pasar Chow Kit sehingga hari ini bagi memberi keselesaan kepada penjaja dan pengunjung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zin Hassan, pihaknya menyediakan lebih 18 jentera untuk mengangkut sampah daripada Pasar Chow Kit dan menyembur air di kawasan yang sukar dibersihkan.

Pasar chow kit tutup dua hari

Kuala Lumpur: “Kami terpaksa berniaga luar biasa supaya dapat menanggung kerugian selama dua hari tidak berniaga mulai esok (hari ini) tetapi demi membersihkan pasar ini kami sanggup bertahan,” kata penjual ayam dan daging, Azlan Sidi, 37, ketika ditemui di pasar Chow Kit, di sini, semalam.

Perkara ini selaras dengan arahan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup Pasar Chow Kit untuk kerja pembersihan pada 1 November lalu.

“Saya dan pekerja lain terpaksa bekerja lebih masa pada hari ini (semalam) supaya stok ayam yang disembelih terjual selain memberi pembekal ayam untuk kegunaan tiga hari.

“Mujurlah DBKL hanya menutup pasar selama dua hari berbanding tiga hari yang diarahkan sebelum ini kerana kami perlu menanggung kerugian yang banyak jika terlalu lama tidak berniaga,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati ramai peniaga sudah mula mengemas kedai masing-masing supaya dapat memudahkan kerja pembersihan oleh DBKL yang dilakukan hari ini.

Bagi Ali Rahmat, 53, yang turut menjual ayam, dia menyokong tindakan DBKL menutup pasar berkenaan berikutan keadaan kotor di pasar itu menjadi tempat pembiakan tikus.

“Bagaimana pasar tidak menjadi tempat pembiakan tikus kalau ada penjual ayam yang menyembelih ayam di pasar?

“Kalau boleh, DBKL ambil satu hari dalam setiap minggu untuk membersihkan kawasan pasar yang terlalu kotor kerana ada peniaga yang hanya mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan kebersihan,” katanya.

Bagi Hairul Ahmad, 46, dia akan membeli bekalan makanan selama tiga hari di Pasar Chow Kit memandangkan ia ditutup selama dua hari.

“Saya sudah menjadi pelanggan setia di Pasar Chow Kit kerana harganya lebih murah berbanding di pasar raya, namun kebersihan perlu diutamakan.

“Bagaimanapun, usaha DBKL dalam memastikan Pasar Chow Kit dan kawasan lain bebas haiwan perosak harus dipuji,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Unit Komunikasi Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Hassan Abu Bakar ketika dihubungi berkata, DBKL akan memulakan kerja pembersihan seawal jam 8 pagi ini di seluruh Pasar Chow Kit yang terbabit untuk menghapuskan ‘kota tikus’.

“Jalan Chow Kit tidak akan ditutup semasa kerja pembersihan supaya dapat mengurangkan kesesakan di kawasan itu memandangkan banyak kereta keluar dan masuk,” katanya.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
tolong la jaga kebersihan skit. Da abad ke 21 da ni. Jgn le jadi pengotor..
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)