Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
53 peratus rakyat mengaku tak faham pelaksanaan GST
#1
[Image: image.jpg]

SHAH ALAM – Hasil kajian Merdeka Center menunjukkan, sebanyak 53 peratus pengundi di Semenanjung Malaysia tidak faham dengan pelaksanaan GST yang bakal dijalankan 1 April depan.

Penemuan itu berdasarkan tinjauan badan bebas berkenaan terhadap 1,009 pengundi dengan 60 peratus diwakili orang Melayu, 31 peratus Cina dan sembilan peratus India, yang semuanya berusia 21 tahun ke atas, melibatkan 165 Parlimen di 12 buah negeri.

“Mengikut pecahan, 18 peratus daripada responden itu tidak faham apa itu sebenarnya GST, manakala 35 peratus lagi kurang pengetahuan tentang pelaksanaan cukai baharu itu.

“Selebihnya, sebanyak 46 peratus memahami GST dengan 34 peratus sederhana faham, manakala 12 peratus lagi faham dengan jelas. Satu peratus daripada responden pula tidak pasti,” kata Merdeka Centre dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

Kaji selidik itu dilakukan oleh Merdeka Center secara rawak menerusi telefon berdasarkan kaedah sampel mengikut pecahan etnik, jantina, umur dan Parlimen, bermula 12 sehingga 21 April lalu.

Dalam pada itu, menurut Merdeka Center, sebanyak 62 peratus daripada responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST kerana tidak memahami secara halus mengenai perkara itu.

Selaras dengan dapatan itu, kajian yang sama turut mendapati, majoriti besar iaitu sebanyak 64 peratus daripada mereka tidak tahu bagaimana ekonomi negara berfungsi.

“Pandangan ini disuarakan oleh responden yang mempunyai isi rumah yang berpendapatan rendah, tinggal di luar bandar dan golongan wanita tempatan,” katanya.
Reply
Thanks given by:
#2
penerangan tak cukup kot. Dok tayang iklan tv sama je
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#3
den tgk iklan kat tv simple sangat. Contoh macam kalau nak beli prepaid RM 10.. Akan kena GST ke pasni nanti ? Elok2 beli 10 ringgit kena gst jadi 10.60 ke ??
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)