Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
500 orang meninggal dunia akibat cuaca panas terik
#1
HYDERABAD, India 26 Mei - Lebih daripada 500 orang dilaporkan meninggal dunia di dua negeri di sini berikutan keadaan suhu panas terik sehingga mencecah 50 darjah Celsius semalam. 


Pegawai bagaimanapun memberitahu jumlah tersebut kemungkinan meningkat lagi kerana jumlah keseluruhan masih dikumpulkan di beberapa bahagian di negeri Telangana, selatan negara ini yang teruk terjejas.

Sebahagian besar India, termasuk di ibu negara di New Delhi telah mengalami suhu panas sejak beberapa hari lalu tetapi rekod suhu paling tinggi di catatkan di Telangana dan kawasan kejiranan Andha.

Sementara itu pihak berkuasa Andra Pradesh menggesa pekerja buruh dan lain-lain supaya tidak bekerja di kawasan panas dalam tempoh yang terlalu panjang selepas 246 orang dilaporkan meninggal dunia kerana suhu panas melampau, minggu lalu.

"Majoriti mangsa adalah orang yang terdedah dengan cuaca panas secara langsung dan kebiasaannya yang berusia 50 tahun ke atas," ujar Pesuruhjaya Khas Jabatan Pengurusan bencana Andhra Pradesh, Tulsi Rani.

Beliau berkata, walaupun kematian bermula minggu lalu tetapi jumlah kematian semakin bertambah dari hari ke hari.

"Kami meminta mereka mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan payung, memakai topi dan juga mengambil minuman air dalam kuantiti yang banyak serta menggalakan pemakaian baju nipis seperti daripada kain kapas. - AFP
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Skang cuaca mmg tak menentu. Hati2 la jaga kesihatan
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)