Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
40 Rakyat Malaysia Terkaya Bernilai US$64.4 Bilion - Forbes
#1
SINGAPURA, 1 Mac (Bernama) -- Seramai 40 rakyat Malaysia terkaya bernilai US$64.4 bilion, meningkat US$2.3 bilion daripada tahun sebelumnya, demikian menurut senarai terkini Forbes.

Kebanyakan mereka tidak banyak berubah berbanding tahun sebelumnya.

Robert Kuok mengekalkan gelarannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih US$12.4 bilion, turun sedikit daripada US$12.5 bilion pada tahun sebelumnya.

Kuok, 88, memegang kedudukan tertinggi itu sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menetapkan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya, dengan empayar gulanya yang luas, minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Di tempat kedua ialah Ananda Krishnan, 73, yang menyaksikan nilai meningkat daripada US$400 juta kepada US$9.9 bilion.

Beliau membeli dalam portfolio kuasa di Malaysia, Asia Selatan dan Timur Tengah dalam urus niaga yang boleh mencapai US$2 bilion. Syarikat beliau, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon bimbit terbesar negara ini, baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G dengan saingan UMobile.

Di tempat ketiga ialah Lee Kim Hua, yang aset bersihnya susut hanya 1.5 peratus kepada US$6.5 bilion.

Keluarga di belakang empayar perjudian Genting kini mendapat perhatian media dengan usaha untuk mengembangkan operasi di Amerika Syarikat.

Anak Lee, Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting Group, menyaksikan kekayaannya susut sembilan peratus kepada US$605 juta.

Lee Shin Cheng, yang membina IOI Group kepada salah satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, mengekalkan kedudukan beliau di tempat ke-4 dengan nilai bersih US$5.2 bilion, meningkat sebanyak US$200 juta daripada tahun lepas.

Malaysia kini mempunyai 11 bilionair, naik daripada 10 pada tahun lepas, setelah adik beradik Lee Oi Han dan Lee Hau Hian, yang menguasai syarikat sawit dan kimia Batu Kawan, menyaksikan nilai bersih mereka meningkat.

Harta mereka melonjak 22 peratus setelah saham dalam Batu Kawan meningkat dengan harga minyak sawit yang lebih tinggi.

Tiga pendatang baru dalam senarai iaitu Ninian Mogan Lourdenadin, doktor yang beralih menjadi hartawan runcit, disenaraikan pada No. 22 dengan nilai US$500 juta.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBF Holdings dan menjalankan empayar perniagaan harta, runcit, riadah dan perubatan yang meliputi Malaysia hingga ke Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Seorang lagi pendatang baru ke dalam senarai ialah Gooi Seong Lim yang mengetuai Crescendo, syarikat pembangunan hartanah dan pembinaan. Beliau berada di kedudukan No.34 dengan nilai US$220 juta.

Ng Joo Siang, juga memasuki senarai untuk kali pertama di No. 37 dengan nilai US$185 juta. Beliau yang berusia 52 tahun mengambil alih Pacific Andes International Holdings, perniagaan keluarga daripada bapanya.

Tambahan kepada tiga penyertaan baru, dua kembali ke senarai: Kua Sian Kooi, Pengerusi Eksekutif syarikat insurans auto Kumia Asia dengan nilai bersih US$160 juta; dan Khoo Kay Peng, Pengerusi Malayan United Industries, dengan nilai bersih US$155 juta.

Secara keseluruhan, 21 jutawan dalam senarai itu menyaksikan peningkatan kekayaan mereka, manakala 12 mengalami kejatuhan dan dua kekal sama.

Tahun ini, nilai bersih minimum sebanyak US$155 juta diperlukan untuk layak dalam senarai, meningkat daripada US$125 juta tahun lepas.

Berbeza dengan kedudukan bilionair, senarai Malaysia termasuk harta yang dikongsi di kalangan keluarga yang besar. Senarai telah disusun menggunakan pegangan saham dan maklumat kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Nilai bersih berdasarkan harga saham dan tukaran asing sehingga pada 14 Feb, 2012.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)