Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
4 kapal Tentera Laut India berlabuh di Perlabuhan Klang
#1
PELABUHAN KLANG - Empat buah kapal tentera laut India dari Armada Timur yang ditugaskan ke Laut China Selatan dan Pasifik Barat berlabuh di sini hari ini.

Kapal-kapal itu frigat Satpura, pemusnah Ranvijay, korvet Kirch dan kapal tangki Shankti yang membawa kira-kira 800 orang kru sedang mengadakan lawatan muhibah antara pertengahan Mei dan Jun.

Mereka akan menuju Vietnam sebelum singgah di destinasi terakhir Filipina.

Satu majlis jamuan malam akan diadakan di salah sebuah kapal itu untuk pegawai tinggi kedutaan India dan Malaysia pada Isnin.

Pegawai Pemerintah armada tersebut, Laksamana Muda P. Ajit Kumar yang mengetuai armada India ke Malaysia buat kali kedua berkata beliau mahu meningkatkan kerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Beliau berkata satu bentuk latihan bersama 'Passage Exercise' telah dirancang dengan TLDM yang dapat meningkat keamanan dan keselamatan maritim di rantau ini.

"Bentuk latihan ini mengandungi latihan peperangan konvensional dan kerjasama tindakan kenteraan terhadap ancaman bukan konvensional," katanya kepada pemberita di atas salah sebuah kapal tersebut.

Ajit berkata persinggahan selama lima hari itu turut mengandungi beberapa program bersama TLDM. - Bernama
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
india antara negara terkuat armada laut depa....
Reply
Thanks given by:
#3
(05-28-2013, 09:33 AM)papazola Wrote: india antara negara terkuat armada laut depa....

semua show off kekuatan masing2. paling besar belanja china.. Winking
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#4
byk ye kapal perang berlabuh kat malaysia..
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)