Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
4 jenis bumbung dicadang untuk Stadium Sultan Mizan
#1
KUALA TERENGGANU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu akan mencadangkan empat jenis bumbung baru untuk dipasang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Pengarahnya Shafii Mohamad berkata, jenis bumbung tersebut termasuk yang kedap air seperti yang digunakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

"Kita tunggu keputusan kerajaan negeri dan apabila diluluskan kelak, kerja-kerja pembinaan bumbung baru itu dijangka mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika ini kerja-kerja meruntuhkan kerangka bumbung stadium yang lama telah berjalan 70 peratus dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh satu atau dua bulan lagi.

"Berdasarkan kajian Unit Forensik JKR, bangunan konkrit stadium adalah masih selamat, tiada apa-apa masalah cuma bahagian bumbung sahaja yang tidak selamat," katanya.

Pada 20 Februari lalu, lima pekerja binaan dilapor cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung stadium yang dalam proses untuk dibuang, runtuh dan serpihannya menimpa para pekerja terbabit.

Bumbung utama stadium berkenaan pada mulanya runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Shafii berkata, setelah dihentikan selama dua minggu untuk proses siasatan selepas kejadian Februari lalu, kerja membuang kerangka bumbung yang lama disambung semula minggu lepas.

"Kontraktor lama masih dikekalkan untuk menyambung kerja yang tertangguh akibat insiden itu dan tiada sebarang penambahan kos setakat ini," tambahnya. - Bernama
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)