Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
3 serangan bom di Turki ragut 10 nyawa
#1
[Image: lkokaoskoa.transformed.jpg]

ANKARA: Tiga serangan bom di Turki menyebabkan sekurang-kurangnya 10 maut terdiri daripada anggota polis dan tentera manakala sejumlah 219 lain cedera

Agensi berita Turki, Anadolu berkata, pemberontak Kurdis meletupkan sebutir bom tepi jalan di tenggara negara itu, mengorbankan tiga anggota tentera

Letupan hari ini menyasarkan sebuah kenderaan tentera yang kembali daripada menyertai operasi di wilayah majoriti penduduk Kurdis di Bitlis

Sementara itu, seorang pengawal kampung terbunuh dalam pertembungan antara pasukan keselamatan dan pemberontak Kurdis di perkampungan berhampiran

Serangan bom tepi jalan itu adalah yang ketiga berlaku dalam tempoh 24 jam ke atas pasukan polis atau tentera di Turki

Terdahulu, pihak berkuasa tentera berkata, angka kematian akibat dua serangan bom kereta menyasarkan balai polis di timur Turki mencecah enam orang dan menyebabkan 219 lain cedera

Serangan bom kereta pertama di balai polis di wilayah timur Van lewat semalam membunuh seorang pegawai polis dan dua orang awam. Sekurang-kurangnya 73 yang lain, 53 daripadanya orang awam dan 20 pegawai polis cedera

Pihak berkuasa menyalahkan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) atas serangan itu yang melancarkan kempen pengeboman menyasarkan balai polis atau serangan bom tepi jalan ke atas kenderaan tentera

Gabenor Murat Zorluoglu berkata, satu lagi serangan bom kereta menyusul beberapa jam kemudian, kali ini ibu pejabat polis di bandar timur Turki di Elazig, mengorbankan tiga pegawai polis pejabat dan mencederakan 146 lain dengan 14 daripadanya parah

http://www.bharian.com.my/node/184482
Do You ?
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)