Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
3 lelaki tidak sempat belanja wang rompakan ditembak mati polis
#1
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang sebelum ini bertindak mengepung dan merompak seorang mangsa wanita di Klang Selatan pagi tadi, tidak sempat untuk membelanjakan wang itu apabila mereka mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga ke 30 tahun itu, merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang merompak sejumlah RM2,000 daripada mangsa mereka itu.

Abdul Rahim berkata kumpulan tersebut dipercayai telah memerhati dan mengekori wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit sekitar pukul 10 pagi.

“Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta bertindak mengepung kereta wanita itu.

“Sejurus kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu sebelum memecahkan cermin kereta dan merampas wang itu,” kata Abdul Rahim kepada Astro AWANI.

Beliau berkata pihak polis yang kebetulan berada di kawasan kejadiannya kemudiannya telah mengejar perompak-perompak itu.

“Mereka meninggalkan salah sebuah kereta di tempat kejadian dan melarikan diri menggunakan dua kereta lain dan sebuah motosikal.

“Mereka kenudiannya berpecah arah. Polis berjaya mengejar salah sebuah kereta, iaitu Proton Wira berwarna hitam. Semasa berada di Lebuhraya Duke menghala ke Sentul, perompak-perompak itu melepaskan tembakan terhadap pihak polis dan polis bertindak melepaskan tembakan balasan,” katanya.

Abdul Rahim berkata ketiga-tiga lelaki yang belum disahkan kewarganegaraan itu, mati serta merta. Pihak forensik turut menemui sepucuk pistol di dalam kereta mereka.

[Image: 996003_623430501040412_125647984_n.jpg]
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
kan da kena tembak. Pengajaran buat perompak di luar sana.. Crime does not pay
Bawa bertenang...
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)