Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
3 juta kanak-kanak bercermin mata
#1
[Image: ne_01.1.jpg]
KUALA LUMPUR – Dianggarkan hampir 30 peratus atau tiga juta kanak-kanak bawah usia 12 tahun di negara ini kini menggunakan cermin mata akibat masalah daya penglihatan termasuk kira-kira sejuta kanak-kanak yang mengalami masalah itu akibat terlalu kerap terdedah kepada gajet elektronik. Punca lain masalah itu ialah keturunan dan persekitaran.

Menurut Pakar Kanta Sentuh di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Mutalib, beliau pernah menerima pesakit seawal usia tiga tahun kerana terlalu banyak terdedah kepada gajet seperti telefon bimbit, tablet, permainan video dan menonton televisyen.

Malah, katanya, kuasa kanta cermin mata yang digunakan kanak-kanak hari ini juga agak menakutkan iaitu sehingga -8.00 Diopter yang merupakan kategori rabun tahap tinggi.

“Aduan daripada ibu bapa mengenai perkara ini semakin kerap diterima. Secara purata, tiga daripada 10 pesakit mengalami masalah penglihatan akibat penggunaan gajet elektronik secara berpanjangan.

“Dahulu masalah begini jarang berlaku. Perkembangan teknologi membolehkan kanak-kanak membawa gajet ke merata tempat menyebabkan mereka turut terdedah kepada risiko masalah kesihatan khususnya kejang ‘otot siliari mata’ seperti juga orang dewasa,” katanya ketika di hubungi Kosmo! semalam.
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)