Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
3 artis sertai UMNO
#1
KUALA LUMPUR: Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai UMNO kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.

"Hanya UMNO saja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat UMNO adalah sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpinnya," kata Amy, 54, selepas menyerahkan borang keahliannya menyertai UMNO bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat UMNO di sini hari ini.
Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.
"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. UMNO juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, UMNO juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah saja," katanya.

Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai UMNO selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

"UMNO sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia," katanya.

Bagi Ibnor Riza, 51, beliau sudah lama bercadang untuk menyertai UMNO selepas sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.
Borang mereka diterima Setiausaha Kerja UMNO pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Ab Rauf berkata, Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta UMNO.

"Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga UMNO," katanya.

Kini, terdapat 43 ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah. - BERNAMA
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
tahniah le.. Winking
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)