Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
250 mat rempit diarah tolak motosikal sendiri sejauh 5 kilometer
#1
GEORGETOWN - Polis menahan 250 mat rempit termasuk 22 pelajar tingkatan empat dan lima dalam Ops Samseng Jalanan di Bukit Gambir awal pagi tadi.

Kesemua yang terlibat termasuk penonton diarah menolak motosikal masing-masing sejauh lima kilometer ke Pangkalan Polis Marin Wilayah Utara, Batu Uban untuk pemeriksaan lanjut dan kesemuanya dibebaskan selepas polis mengambil keterangan daripada mereka.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supt Wan Aziz Wan Husin berkata operasi enam jam yang berakhir 6 pagi itu turut melibatkan anggota dan pegawai polis dari ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Dalam operasi berkenaan kita berjaya menggagalkan perlumbaan haram yang dirancang kumpulan mat rempit terbabit.

"Terdapat juga beberapa orang yang nekad melarikan diri dengan melawan arus jalan raya tetapi cubaan mereka gagal kerana kawasan itu dikepung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Aziz berkata 90 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya seperti mengubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi, tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

"Polis juga menyita 14 motosikal dan hasil ujian air kencing mendapati lapan daripada mereka positif dadah," katanya.

Wan Aziz menasihati orang ramai agar tidak menjadi penonton perlumbaan haram kerana perbuatan itu membahayakan keselamatan mereka.

Katanya operasi bersepadu seumpama itu akan dijalankan dari semasa ke semasa tidak hanya tertumpu di lokasi panas malah melibatkan semua kawasan yang dikenal pasti menjadi lubuk mat rempit.-Bernama
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
ok la tu. Dapat gak senam 5km.. Berapa tapak dapat tu.. Winking
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)