Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
24 Pekerja Terhidu Gas Ammonia Di Loji Petronas
#1
DUNGUN – Seorang pekerja syarikat selenggara terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu selepas terhidu gas dipercayai ammonia dalam kejadian di Loji Memproses Gas Petronas di Kerteh, di sini, malam tadi.

Kejadian turut menyebabkan sekurang-kurangnya 23 lagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan Paka dan Hospital Dungun. Penyelia keselamatan loji, Fazeli Alias, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika 300 pekerja Hyundai PFC Engineering Sdn Bhd itu sedang bersedia memulakan kerja lebih masa di loji tersebut.

Ketika kejadian, kira-kira 50 pekerja berada di dalam loji itu manakala yang lain sedang berbaris untuk memasuki loji terbabit, katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

“Tidak semena-mena kami terbau gas menyebabkan kami segera pergi ke tapak pejabat untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Katanya, akibat kejadian, ada pekerja yang mengalami simptom keracunan gas seperti loya dan muntah menyebabkan mereka dihantar mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Paka dan Hospital Dungun sementara seorang digegaskan ke HNSZ kerana mengalami simptom yang serius.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba negeri, Roslan Mat Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.30 malam.

“Dua jentera bersama lapan anggota dan pegawai dikerahkan ke tempat kejadian bagaimanapun pihak bomba gagal mengesan kebocoran gas di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata, pihak bomba percaya gas ammonia tersebut adalah dipercayai bawaan angin namun mereka masih memantau keadaan di loji terbabit untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. – BERNAMA
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)