Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
22 kilang keluar minyak kitar semula
#1
KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu kementerian itu mengesan pihak yang menjual minyak masak kitar semula.

Beliau berkata kementerian itu sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

"Setakat ini 22 buah kilang penghasilan minyak di seluruh negara dikenal pasti mempunyai stok minyak kitar semula tetapi mereka hanya menggunakannya untuk proses biodiesel serta penghasilan sabun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Love and Creative Cuisine Competition" anjuran Wanita MCA di sini.

Pada 6 Mac lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membongkar satu sindiket mengitar semula minyak masak yang sudah diguna sebelum dijual semula kepada orang ramai di pasaran tempatan.

Hasil siasatan mendapati sindiket terbabit akan mengambil atau membeli minyak masak yang sudah digunakan dari restoran di sekitar Lembah Klang sebelum dicampur dengan minyak masak baharu.

Mengulas lanjut, Liow berkata pengilang yang menjual semula minyak kitar semula akan didakwa di bawah Akta Makanan 1983 dan sabit kesalahan boleh dikenakan penalti RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ditanya mengenai isu lolipop pendaflour yang didakwa mengandungi bahan bertoksik, Liow berkata kementeriannya telah menghantar pegawai ke kilang penghasilan lolipop untuk mengambil sampel bagi menjalankan ujian makmal.

"Kementerian juga menjangkakan laporan ujian makmal akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu dari sekarang," katanya.

Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dilapor meminta Kementerian Kesihatan mengharamkan segera penjualan lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan bertoksik seperti Ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH). - Bernama
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
minyak masak pun recycle.. Padahal malaysia pegeluar minyak ?
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#3
Macam ni pun ada ka ??
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#4
minyak masak recycle ni mmg bahaya utk kesihatan..tarik balik je lesen klu kena tangkap
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)