Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
17,000 penerima tolak BR1M 3.0
#1
[Image: dn_11.1.jpg]

IPOH 23 Feb. - Sebanyak 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 tahun lepas memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memerlukan BR1M 3.0 kerana pendapatan mereka sudah melepasi had yang ditetapkan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, mereka juga tidak mahu menerima bantuan kali ini kerana merasakan bukan lagi dalam kategori keluarga susah.

Menurutnya, ini membuktikan tahap kematangan masyarakat semakin tinggi apabila menolak pemberian BR1M kali ini dengan ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang menulis surat kepada kerajaan dengan menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima, namun mereka merasakan diri bukan lagi keluarga yang memerlukan.

"Untuk itu nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M. Mereka jujur dan ikhlas tidak mahu menerima BR1M kerana merasakan mereka tidak layak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M 3.0 bagi Parlimen Tambun di sini hari ini.

Mengenai penerima yang tidak layak tetapi tetap menerima BR1M 3.0, Ahmad Husni berkata, masyarakat harus faham bahawa wang yang mereka terima itu adalah duit rakyat, hasil daripada pembayar cukai.

Lantaran itu, mereka yang tidak layak menerima BR1M, tidak boleh mengambil duit rakyat.

"Kalau tak layak, baik jangan ambil (BR1M), bukan bermakna apabila kita ambil bantuan ini ia akan membawa kebaikan. Kita tak tahu, kadangkala apabila kita tidak jujur, kita akan menghadapi masalah di tempat lain.

"Untuk itu, masyarakat harus jujur dan ikhlas ketika mengisi borang permohonan bantuan sebagai penerima BR1M ini.

"Jika ada maklumat penerima yang tidak layak tetapi mendapat bantuan ini, sila kemukakan laporan, kita akan siasat dan mengambil tindakan. Kita mahu bantuan ini hanya diterima oleh mereka yang layak," katanya.

Beliau turut memberitahu, kira-kira 100,000 penerima BR1M 3.0 belum dikreditkan ke akaun bank masing-masing akibat masalah sistem teknikal yang dialami oleh pihak bank.

"Bank mengalami gangguan sistem teknikal kerana mengendalikan terlalu banyak urusan BR1M 3.0, namun masalah ini akan kita selesaikan Isnin ini," katanya.

Mengenai penerima yang layak tetapi nama mereka tercicir daripada senarai BR1M kali ini, Ahmad Husni berkata, mereka boleh membuat rayuan.

"Kita akan semak semula nama mereka yang tercicir, kita jamin mereka yang layak tetap akan mendapat pemberian BR1M, mungkin kita terlepas pandang ketika memproses borang permohonan mereka," ujar beliau.
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)