Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
13 rumah rosak teruk dilanda puting beliung di Mergong
#1
ALOR SETAR: Angin tiada, hujan pun tiada, namun secara tiba-tiba, angin kuat melanda sebuah taman perumahan di sini menyebabkan 13 rumah rosak teruk.

Kejadian yang berlaku jam 1.15 petang tadi di Taman Wira Mergong di sini seolah mengulangi dua kejadian sama yang berlaku di negeri ini baru-baru ini.

Menurut seorang saksi, Mohd Adam Mohd Abdullah, ketika kejadian dia berada di luar rumah sedang menjemur pakaian.

Namun, secara tiba-tiba, beberapa kepingan atap rumah jiran yang terletak berdekatan kelihatan berterbangan naik ke udara dan berpusing seakan-akan dibadai puting beliung sebelum menuju ke arahnya.

Dalam keadaan panik, Mohd Adam melaungkan azan dan menyuruh isteri membawa anak berusia setahun lima bulan berlindung di bawah meja rumah.

“Keadaan ketika itu tak ada angin, tak ada pokok hujan, panas macam biasa. Secara tiba-tiba angin berpusar sampai bumbung tercabut dan jatuh.

“Kemudian angin bergerak ke belakang saya, dan dalam keadaan tu saya terus melaungkan azan. Lepas tu, baru angin tu berhenti dalam 10 minit,” kata Mohd Adam.

Sementara itu, Ketua Umno cawangan Taman Wira Mergong, Ahmad Ishak berkata, beliau telah menghubungi pihak JKM dan Pejabat Daerah Kota Setar berhubung kejadian itu bagi tindakan segera pihak berwajib.

“Kita ambil tindakan terus dengan menghubungi pihak yang berkenaan. Alhamdulillah, setakat ini mereka datang betulkan dengan kadar segera,” kata Ahmad Ishak.

Terdahulu, kejadian puting beliung yang juga dipanggil `belalai darat', melanda daerah Pendang dan merosakkan 14 rumah, serta di daerah Kota Setar mengakibatkan 71 buah rumah musnah.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
makin byk plak skang ni tornado kat malaysia
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)