Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
100,000 Pekerja Indonesia Di Luar Negara Kirim Wang RP15 Trilion
#1
JAKARTA, 14 Ogos - Kira-kira 100,000 tenaga kerja Indonesia di luar negara pulang kampung untuk sambutan Aidilfitri yang lalu, yang turut menyaksikan pengiriman pulang wang berjumlah kira-kira Rp15 trilion (RM48 bilion) ke kampung halaman sepanjang Ramadan.

Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar berkata jumlah besar pulang kampung semasa Aidilfitri sudah menjadi fenomena setiap tahun dan boleh dikatakan menjadi budaya mereka.

Pada masa lain antara 40,000 hingga 50,000 daripada sejumlah enam juta orang pekerja Indonesia yang sedang bekerja di beberapa negara di seluruh dunia pulang kampung setiap bulan, katanya di Jakarta pada Selasa.

Mereka yang pulang kampung pada Aidilfitri lalu termasuk dari kawasan Timur Tengah yang meliputi Arab Saudi, Kuwait, Jordan, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu selain dari kawasan Asia Pasifik yang meliputi Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.

Mengenai pengiriman pulang wang pada musim perayaan kali ini, Muhaimin berkata ia dilakukan melalui perkhidmatan perbankan dan syarikat kewangan, namun masih ramai yang mengirim melalui rakan-rakan sekerja yang pulang kampung.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)