Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
10 tahun dikurung penculik
#1
Cleveland (Ohio): Tiga wanita yang diculik lebih sedekad lalu ditemui hidup dalam tingkat bawah sebuah rumah di Ohio yang menjadi tempat tahanan mereka selama ini.

Amanda Berry, 26; Gina DeJesus, 23, dan Michelle Knight, 32, diselamatkan dari rumah berkenaan hanya beberapa kilometer dari tempat mereka disahkan hilang 10 tahun lalu.


Penahanan mereka terbongkar selepas seorang jiran lelaki terdengar Amanda - yang hilang ketika berusia 16 tahun - menjerit meminta tolong selepas lelaki yang mengurung mereka tiada di rumah. Selepas 10 tahun menjadi tahanan, Amanda, Gina dan Michelle akhirnya dibebaskan apabila Charles Ramsey terdengar jeritan itu ketika menikmati hidangan di rumahnya. Ariel Castro, 52, ditahan polis kerana dipercayai ada kaitan dengan kes penculikan berkenaan bersama dua saudara kandung lelakinya yang masing-masing berusia 50 dan 54 tahun.

Saudara Amanda mengesahkan seorang daripada kanak-kanak dalam rumah berkenaan adalah anaknya yang dilahirkan ketika dia dikurung.


Sumber berkata, kanak-kanak itu dipercayai berusia enam tahun. Ketiga-tiga wanita dan kanak-kanak terbabit dibawa ke Pusat Perubatan MetroHealth dan dilaporkan mereka mengalami kekurangan air yang serius, selain tidak mendapat makanan berkhasiat mencukupi.


Kehilangan Amanda dan Gina menarik perhatian seluruh penduduk Cleveland sejak sedekad lalu apabila keluarga mangsa terus mengadakan majlis memperingati mereka.

Berita kehilangan itu juga disiarkan secara berterusan dalam media tempatan.


Mangsa diculik di sebatang jalan sama sebelum ini dan ditemui di sebuah rumah yang terletak kira-kira 4.8 kilometer dari situ.

Penculik mereka juga sering dilihat orang ramai dari semasa ke semasa. Sementara itu, Ramsey berkata, dia ternampak Amanda - tetapi tidak mengenalinya - di pintu yang terkuak sedikit.


Katanya, Amanda meminta tolong supaya dikeluarkan dari rumah itu kerana dikurung sejak sekian lama.


“Kami terpaksa menendang bawah pintu untuk membukanya.


“Nasib baik pintu itu diperbuat daripada aluminium murah,” katanya.


Selepas terbuka, kata Ramsey, Amanda merangkak keluar bersama anaknya. Amanda kemudian berlari ke seberang jalan untuk menghubungi polis sambil memperkenalkan diri melalui talian kecemasan 911.


“Tolong, nama saya Amanda Berry. Saya telah diculik dan hilang sejak 10 tahun tetapi sekarang saya sudah bebas,” katanya.


Amanda juga menyatakan identiti lelaki yang menahan mereka sebagai Ariel Castro.

[Image: xpix_gal1.pagespeed.ic.C9-yyZTHuX.jpg]


Kehilangan Amanda disedari sejurus selepas dia menghubungi kakaknya untuk memaklumkan dia dalam perjalanan pulang menumpang seseorang dari tempat kerjanya di restoran Burger King. Media tempatan melaporkan, Castro ditahan di sebuah restoran McDonald’s berhampiran. Menurut The Plain Dealer, suspek tinggal di rumah itu sejak 1992 dan pernah ditahan polis atas kesalahan keganasan domestik pada 1993.


Sumber berkata, wanita terbabit dirantai sepanjang tempoh mereka di kurung di rumah berkenaan. “Polis menemui beberapa rantai yang digantung dari siling dalam rumah itu,” katanya.- Daily Mail
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)