Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
“Takkan saya nak pakai baju kelawar.”- Fida Ibrahim
#1
[Image: fida.jpg]

SUBANG JAYA – Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim tidak menyalahkan peminat yang mengkritiknya mengenakan pakaian ketat pada satu sesi fotografi.

Penyanyi yang popular dengan lagu “Apo Kono Eh Jang’ itu telah memuat naik beberapa keping gambar itu yang ketara menampakkan susuk badannya.

Menjelaskan mengenai perkara sebenar, Fida berkata dia sebenarnya baru dilantik sebagai duta kepada produk pelangsingan badan juga produk kecantikan kira-kira sebulan lalu. Justeru katanya, gambar tersebut bertujuan menunjukkan hasilnya yang mengamalkan produk terbabit bagi tujuan promosi.

“Gambar itu sebenarnya adalah gambar di sebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk kecantikan. Saya sebagai dutanya dan saya sudah amalkan produk ini sejak sebulan lepas,” katanya.

Menurutnya, berat badannya turun sebanyak empat kilogram setelah mengamalkan produk tersebut dan gambar berkenaan dimuatnaik ke laman sosial instagram sebagai bukti produk itu berkesan.

“Berat badan saya turun empat kilogram. Jadi nak tunjukkan hasilnya. Masa saya muat naik gambar itu di Instagram, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan mengenainya.

“Mungkin sebab itu peminat tersalah anggap namun saya tidak salahkan mereka kerana mereka tidak tahu perkara sebenar dan saya pun tidak beri penerangan tentang gambar itu,” katanya.

Sebagai duta untuk produk itu, dia hanya ingin mempromosikannya dan membuktikan bahawa ianya berkesan kepada peminat.

“Saya adalah duta produk itu dan pastinya saya mahu mempromosikannya. Jadi, takkan saya nak pakai baju kelawar,” katanya memetik laporan Malaysia Digest.

Fida bakal muncul dengan single terbaru menerusi lagu berentak Pop Balada yang menyaksikan kolaborasinya dengan Qalam band tidak lama lagi.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Baju kluang man pun takpa Winking
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)