Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
“Ibu bapa Saya Mahu Merisik Shila Amzah” – Johan As’ari
#1
Dilihat hubungan mesra antara pelakon Johan As’ari dan penyanyi Shila Amzah bukan sahaja mengundang gosip adanya hubungan cinta antara mereka malah ia telah pun dapat restu daripada ibubapa Johan jika berita itu benar. Bahkan Johan mengakui ibubapanya pernah menyatakan hasrat untuk merisik Shila bagi pihaknya.

“Ibu dan ayah saya pernah bertanya, jika saya berkenan dengan Shila, mereka mahu merisik dia. Ini kerana mereka memang suka sangat apabila tengok saya rapat dengan Shila. Mereka lihat Shila seorang wanita yang baik lebih-lebih lagi dengan penampilannya yang bertudung.

“Orang tua saya nampak ciri-ciri wanita muslimah yang ada pada diri dia. Secara jujur, Shila memang sudah menepati pilihan hati orang tua saya. Namun apa-apapun, saya anggap soal merisik itu sekadar usikan antara ibu bapa dan anak sahaja.

“Saya dengan Shila memang berkawan baik. Hubungan kami berlaku secara automatik dan saya hargai pertemuan ini. Apa yang datang, saya akan jaga dengan elok. Saya tak letak dia sebagai calon jodoh, namun saya tak menolak dengan siapa saja jodoh yang datang kepada saya. Lagipun, siapalah saya ini jika nak dibandingkan dengan Shila. Dia merupakan ikon Malaysia dan berjaya bawa Malaysia di mata dunia,” ujar Johan sambil memberitahu Shila memiliki ciri-ciri wanita yang dicarinya.

“Dalam Islam jika nak cari calon isteri, kita kena lihat pada empat perkara iaitu paras rupa cantik, berketurunan baik, harta dan juga agama. Bagi saya, Shila ada keempat-empat kriteria tersebut.” ujar Johan ketika mengulas mengenai hubungannya dengan pelantun lagu, ‘Patah Seribu’ itu.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)