Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
‘Kes buli di YouTube bukan pelajar kami’
#1
[Image: pix_gal1]

Seberang Jaya: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Jaya, di sini, semalam, menafikan rakaman video di laman video sosial, YouTube mengenai kejadian buli yang tersebar termasuk di laman sosial, Facebook (FB) sebelum ini berlaku di sekolah berkenaan.

Yang Dipertua PIBG SMK Seberang Jaya Zainol Abidin Ismail berkata, wujud kekeliruan mengenai kejadian berkenaan hingga mengaitkan sekolah terbabit dalam insiden itu.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan reputasi sekolah berkenaan terjejas hingga pihaknya menerima banyak pertanyaan dan kiriman e-mel mengenainya.

“Di sini, saya mahu jelaskan kejadian buli itu bukannya berlaku di sekolah ini dan minta orang ramai, bekas pelajar atau waris pelajar sekolah tidak terkeliru dengannya.

“Kejadian itu berlaku di sekolah lain yang juga sudah diambil tindakan oleh pihak pengurusannya dan juga Jabatan Pelajaran negeri, oleh itu, kami minta nama sekolah kami tidak dikaitkan lagi selepas ini,” katanya.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
kalau tak berkait macam mana boleh masuk youtube.. pelik ni...
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)